“Qaisara, betul awak tak nak ikut kami pergi
makan?” Tanya Kak Maria padaku. Dia sedang ralit di depan cermin, mempersiapkan
diri untuk keluar makan malam bersama
roommate ku yang lain. Aku menggelengkan
kepala.
“Qaisara tempah je. Lagi pun kejap lagi
senior Qaisara datang nak temu bual Qaisara” Kali ini aku berterus terang
kenapa aku tidak ikut mereka bersama. Aku segan untuk
memberitahu mereka, yang aku akan di
temu ramah.
“Temu ramah pasal apa Qaisara?” Tanya Haneesah.
Aku merasa amat malu ketika itu untuk memberitahu hal sebenar.
Kak Maria duduk di penjuru katil
bujangku. “Ni kenapa muka berubah jadi pink ni?” Soal kak Maria. Aku meraba
mukaku. Pink?
“Haaa. Ni mesti ada apa-apa ni? Kau
mengandung ea?” Haneesah menduga. Aku menggeleng laju, lantas membalingkan
bantal ke arah Haneesah. Saja je nak buat aku malu!
“Neesa. Mana ada orang temu bual pasal
orang mengandung. Agak-agaklah. Qaisara bukannya artis. Kecuali” Kali ini Kak
Isro’ pula bersuara.
Aku mengangkat muka ku apabila mendengar
perkataan kecuali?? Sah! Maknanya kak Isro’ yang memberikan number telefonku
kepada senior tersebut. Eeee.
“Kecuali apa?” Tanya Kak Maria dan
Haneesah serentak. Teruja sekali mereka ingin mengetahui sebab aku di temu
bual.
“Kecuali, ada orang nak temu bual
Qaisara tentang kenapa dia memilih berkahwin muda. Betul tak?” Kak Maria
bersuara. Aku membulatkan mata. Kak Maria sudah tahu, tapi
masih bertanya. Mereka menggelakkanku.
Kurang asam! Mereka mengenakanku.
“Apa nak malunya Qaisara. Berterus
terang jelah dengan kami” Haneesah datang mendekati aku. Sumpah aku malu!
“Entah. Malu sangat nak bagi tahu sebab
senior Qaisara datang nak temu ramah” Kata Kak Isro’.
Aku cuba mengamati setiap seorang. Siapa
antara bertiga ini memecahkan tembelangku kepada seniorku? “Siapa yang bagi
number Qaisara pada Kak Daria?” Soalku.
Semua mendiamkan diri. Sepertinya tidak
mendengar soalan yang aku ajukan. Aku mendengus geram.
“Qaisara, kami pergi dulu. Apa-apa
penambahan order, mesej je akak, or siapa-siapalah yang Qaisara nak mesej
antara kami ni. Hehehe.” Kak Maria mengenyitkan matanya. Huh!
Aku memandang jam. Sudah pukul 9.30
malam. “Akak ni jumpa tak bilik aku ni?” Aku membebel sendiri. Aku menarik
telefon bimbitku yang terletak di bawah bantal. Tanganku laju
Kak Daria jadi datang tak?
Aku menekan butang send. Tok, tok, tok.
Pintu bilikku di ketuk. Aku mengeluh. Mesti Kak Daria. Menghabiskan kredit aku
je. Dah lah dia pakai Maxis. Aku merungut.
Aku menapak ke arah pintu. Apabila aku
membuka pintu, kelihatan kak Daria sedang membaca mesej. Dia tersenyum. Dia
mengangkat tangannya yang memegang telefon bimbit
tersebut.
“Sorry Qaisara, akak baru baca mesej”
Aku tersenyum sendiri. Dia tak tengok agaknya waktu bila aku hantar mesej tu.
“Jemput masuk kak” Aku mengajak Kak
Daria masuk. Dia seniorku di sini. Aku baru semester 3 dan dia pula sudah
semester 6.
“Maaf ganggu Qaisara. Boleh ke akak nak
temu bual ni?” Soal Kak Daria. Aku tersengih. Dah ada depan mata dah pun,
takkan aku nak halau balik pulak!
“InsyaAllah, boleh kak?” Aku tersenyum.
Dia mengangguk. Dia mengeluarkan perakam suara dan juga buku nota berserta pen.
“Okay, mula-mula akak nak nama penuh
Qaisara, course apa dan semester berapa” Pen sudah terletak elok dalam
genggamannya.
“Nama penuh Qaisara, Nur Qaisara Irdina
Binti Muhammad Hossein. Qaisara ambil course Undang-undang, dan sekarang
semester tiga.
“Kalau boleh akak tahu, Qaisara ni
kacukan Arab – Melayukan?” Aku sekadar mengangguk pertanyan yang tidak berapa
penting bagiku.
“Patutlah cantik” Aku tertunduk malu.
Aduh! Puji aku pula. Mesti muka aku dah berubah pink. Hehe.
“Eh. Malu pulak dia.” Tegur kak Daria.
Aku hanya tersenyum.
“Okay. Sekarang akak akan bertanya
soalan yang sebenar.” Dia memberitahuku.
“Actually, akak kena buat research
berapa banyak student kat kampus kita ni sudah berkahwin. Dan akak nak tahu,
sebab kenapa memilih untuk berkahwin walaupun masih muda
dan masih belajar.” Aku sekadar menadah
telinga apabila kak Daria menerangkan maksud kedatangannya.
“Itu basic question jelah. Ada soalan
lain yang akan menyusul” Kak Daria tergelak kecil.
“Okay. Boleh Qaisara ceritakan sedikit,
bagaimana perkenalan Qaisara dengan suami?”
*****
Aku memasuki kelas pagi itu seperti
biasa. Membuka lampu, dan meletakkan beg sekolahku di atas bangku, dan meletakkan
beberapa buah buku di atas meja.
Perkara pertama yang aku perlu buat pagi
ini ada mengemas kelas. Hari ini aku bertugas!
Aku mengambil penyapu dan menyapu setiap
sudut kelas. Aku menggelengkan kepala. Sampah tak banyak. Tapi pasir yang
banyak. Dah macam pasir tepi pantai! Hehe.
Kali ini tiba di barisan mejaku. Aku
mendongakkan sedikit meja agar mudah untuk menyapu.
Ketika ingin menurunkan meja, tanganku
terlepas memagang meja tersebut dengan kemas. Bukuku berterabur dan meja pun
tumbang.
Aku mengeluh kecil sambil menggelengkan
kepala. Aku mengangkat semula meja untuk diletakkan di tempatnya semula.
Mataku menangkap sampul surat yang
berada di dalam meja tersebut. Aku mengerutkan dahi.
“Surat lagi? Eee.. Tak penat ke
peminat-peminat fanatic aku ni bagi surat” Aku membebel ketika menarik surat
tersebut keluar dari dalam meja. Bukan 1 tapi 4!
Aku ini gadis biasa sahaja. Tidaklah
pelajar pandai, bukan juga pelajar yang baik dan sopan. Ada ganasnya. Cantik?
Bolehlah. Mungkin sebab aku kacukan Melayu – Arab,
membuatkan wajahku sungguh jelita.
Uwekkk. Sorry. Terpuji diri sendiri pula.
Aku melangkah ke tong sampah dan ingin
membuang surat-surat yang menyemak di bawah mejaku. Aku mencampakkan surat
tersebut dari jarak yang dekat. Satu surat tidak
masuk.
“Aisey! First time tak masuk aku campak.
Selama ni sentiasa gol!” Aku merungut. Aku melangkah ke surat tersebut.
Sampulnya di buat sendiri. Sungguh unik.
Aku menebalikkan surat tersebut ‘Untuk
bakal isteriku, Nur Qaisara Irdina’
Aku membulatkan mataku. Eh? Bakal isteri???
Secara automatic aku membawa surat tersebut bersamaku. Niatku ingin membaca
surat tersebut di mejaku.
Baru aku ingin membuka sampul surat
tersebut “Qais! Kau buat apa tu ha? Dah sapu kelas belum?” Sahabatku Nurul
Izzati baru menapak masuk ke dalam kelas. Aku mematikan
niatku, lantas surat tersebut aku
masukkan ke dalam poket baju.
“Aaa. Aku tengah sapulah ni. Kau tak
nampak ke?” Aku menduga Izzati. Dia meletakkan begnya di atas kerusi.
“Nak aku tolong tak?” Soal Izzati. Dia
tidak pernah kedekut untuk memberi sumbangan tenaga dalam membantu. Aku sekadar
menggelengkan kepala.
“Tak apa. Sikit je lagi” Balasku pendek.
Dia sekadar tersenyum.
Aku menyambung kerjaku yang tergantung.
Kotak fikiranku tidak berhenti-henti menayangkan kembali kata-kata pada sampul
surat tersebut! Aduh. First time aku jadi penasaran
macam ni.
“Kringggg” Loceng sekolah berbunyi,
menandakan waktu belajar sesi pertama bermula.
Aku menongkat daguku. Terasa ingin
sekali pergi ke tandas untuk membaca surat tersebut. Hehe. Tapi mengenangkan
tandas bangunan kelasku terletak di tingkat 1, kakiku berat
sekali melangkah.
Confirm mengah aku naik kelas ni semula
karang. Kelasku terletak di tingkat tiga. Ah! Biarlah. Nanti-nanti aku baca
juga. Aku mengingatkan diriku.
‘Bakal isteri’ ya! Perkataan itu menarik
perhatian sebenarnya.
Aku tidak pernah teruja untuk membaca
mana-mana surat yang ku terima. Tidak! Kebanyakan surat aku buang, dan ada yang
memberikan number, aku memberikan number mereka
kepada abang sulungku, untuk dia
‘settle’.
“Hoi!” Satu suara menyergahku. Hish! Aku
memandang tajam milik suara yang telah menyergahku. “Wo, wo. Ko marah ke beb?
Soal Eisya. Aku menjeling.
“Taklah. Sumpah aku suka!” Aku memerli.
Eisya tergelak.
“Sorrylah beb. Aku tengok kau asyik
termenung je dari tadi. Kenapa? Siapa telah membuat tuan puteri murka?” Eisya
membuat lawak tak berapa bodohnya.
“Aku cepuk juga kau ni karang” Marahku.
“Kau ni kenapa moody ni? Soal Izzati
pula. Aku pulak yang moody? Adehh. Sabarkan aja.
Aku membiarkan mereka terus-terusan
mengusikku. Tidak kuasa aku ingin melayan.
Aku berlari masuk ke dalam bilik
setibanya di rumah. Dari pagi tadi aku bersabar ingin mengetahui kandungan
surat tersebut.
Aku membuka sampul surat tersebut,
mengeluarkan isi yang ada di dalamnya. Aku membuka lipatan surat tersebut.
“Salam perkenalanku hulurkan buat bakal
isteriku Nur Qaisara Irdina. Aku hanya ingin memperkenalkan diriku, yang aku
bakal suamimu, dan kau bakal isteriku.
Muhammad Fakhrul Radzi”
Aku mengeluh. Hampeh. Ini sahaja yang
dia tulis. Aku punya bagai nak gila baca surat ni tadi kat sekolah.
“Muhammad Fakhrul Radzi” Nama itu meniti
di bibirku. Aku tersenyum. Hish. Dah kenapa aku ni. Mainan je tu. Aku
mengingati diriku.
*****
“Pengirim surat tu suami Qaisara
sekarang ni ke?” Kak Daria menyoal. Aku mengukirkan senyuman di bibirku, lalu
aku mengangguk. Pelik. Itu caranya aku mengenali suamiku
dahulu.
Ah! Rindunya pada dia yang berada jauh
dariku. Aku di sini menghabiskan pengajianku. Habis sahaja belajar nanti, aku
akan menemani dia di sana. Di sisinya, di mana di situlah
tempat seorang isteri sepatutnya berada.
Peritnya hanya dia dan aku sahaja yang
tahu. Tapi kerana tuntutan masa depan yang lebih baik, kami terpaksa merelakan
diri, hidup berjauhan biarpun masing-masing menanggung
beban rindu yang dasyat.
“Sekarang suami Qaisara buat apa?”
Soalnya.
“Dia dekat Mesir sekarang. Awal tahun
baru ni dia pergi” Kak Daria mengangguk faham. Bibirku terasa murah dengan
senyuman ketika ini.
Mungkin kerana mengingati
kenangan-kenangan indah yang pernah tercipta dahulu.
“Suami Qaisara ambil bidang apa?”
“Dia ambil Usuluddin. Dia lepasan STAM”
Aku menjawab.
“Seterusnya apa yang terjadi lepas
Qaisara membaca surat dia?” Kak Daria menyoalku lagi.
*****
Sudah dua bulan berlalu, tidak ada lagi
surat darinya. Aku tercari-cari insan yang bernama Muhammad Fakhrul Radzi. Aku
tidak menjumpai siapakah gerangan orangnya.
Pelik. Majoriti pelajar aliran biasa aku
kenal. Kecuali??? Mustahil pelajar aliran Thanawi. Tapi tak mustahilkan??
Aku melangkah ke bangunan yang
meletakkan pelajar Aliran Thanawi. Kakiku melangkah ke bangunan ini. Setiap
mata yang memandang menjadi pelik melihat kehadiranku.
Aku bertudung pendek. Lengan bajuku di
singsing hingga siku. Kain ku singkat. Aku sentiasa mengikuti trend pelajar
sekolah selalu buat.
Aku merasa malu ketika itu, apabila ada
pelajar perempuan yang memandangku sambil berbisik-bisik. Pasti mereka sedang
mengutuk aku.
Aku ternampak seorang pelajar lelaki
sedang duduk bawah pondok, sedang mengaji. Jantungku. Ah! Tiba-tiba sahaja
berdegup kencang. Aku menjadi lelah dengan keadaanku
ketika ini.
Dia menutup al-Quran yang berada di
tangannya. Dia mengangkat wajahnya tetapi tidak memandang ke arahku. Wajahnya.
Subhanallah. Memberi seribu ketenangan apabila
memandang.
Aku seperti terpaku di situ. Siapakah
dia?
“Assalamualaikum” satu suara menegurku.
Aku terjaga dari lamunanku.
Aku memandang wajah yang bersuara itu.
Seorang pelajar lelaki. “Waalaikumussalam” Aku menjawab ringkas.
Kemudian mataku dikalihkan semula kepada
pelajar lelaki yang duduk di bawah pondok. Dia memandang tajam ke arahku. Aku
menelan air liur. Kenapa pandangannya seperti
menggigit tangkai hatiku, dan seperti
nak makan aku?
“Saudari buat apa di sini?” Soalnya. Aku
kembali memberi fokus kepada dia yang bersuara. Aku sekadar diam.
“Ada apa-apa yang saya boleh tolong” Aku
mengetap bibir. Hish! Menyemak betul dia ni. Mataku di kalihkan sekali lagi ke
arah pondok tersebut. Hilang!
Ah! Ke mana dia pergi. Bentak hatiku
tidak berpuas hati.
“Saudari” Lelaki itu bersuara lagi. Aku
mengeluh kecil apabila lelaki tersebut masih di situ.
“Erm.. Saya nak tanya. Kenal Muhammad
Fakhrul Radzi?” Aku bertanya terus.
Dia mengerutkan dahinya. Aku tersalah
soal ke?
“Kenapa awak tanya dia?” Soalnya
kembali.
“Kalau tak kenal tak apalah. Saya pergi
dulu.” Aku terus menapak ketika itu.
“Eh. Nanti dulu. Yer-yer. Saya kenal.
Dia ketua pelajar bagi aliran Thanawi.” Jawab lelaki tersebut, sambil
memuncungkan bibirnya, seperti menunjukkan sesuatu.
Aku memusingkan badanku, di hadapanku
ada papan kenyataan yang meletakkan carta organisasi bagi Aliran Thanawi.
Mataku menangkap satu nama, dan aku terus memandang
gambarnya.
Aku terdiam. “Diakah?” Soalku.
“Apa dia? Maaf. Saudari cakap perlahan
sangat.” Lelaki tersebut bersuara.
“Tak ada apa-apa. Terima kasih. Saya
pergi dulu.” Aku terus melangkah pergi.
Dalam diam, bibirku mengukir senyuman.
Hatiku. Ah. Terasa di hujani dengan bunga-bunga indah yang berada di taman.
Inikah cinta?
*****
“Sweetnya” Kak Daria bersuara. Aku hanya
tersenyum. Sweet ke? Sweetlah. Kalau tak kenapa sampai sekarang aku tak terasa
manisnya. Heee~
Kak Daria seperti menulis sesuatu dalam
buku notanya. Aku mengintai sedikit apa yang dia tulis. Dia menutup dan
tersenyum kepadaku.
“Tak peting untuk di baca.” Aku
tersengih. Adoii. Malu pula.
“Qaisara sekarang pakai purdahkan?” Dia
bertanya.
Aku mengangguk. Mesti dia tak percaya.
Ialah. Aku pelajar aliran biasa. Bukan pelajar aliran Thanawi. Pula tu waktu
sekolah, aku ni perangai boleh tahan juga.
“Qaisara berpurdah lepas kahwin ke?”
Aku menggelengkan kepala. “Waktu
bertunang. Two weeks before kami bertunang.” Aku tidak mahu kak Daria salah
faham kenapa aku berpurdah.
Aku memakai purdah, atas kesedaran dari
dalam diri. Tiada siapa yang memaksa atau menyuruh. Bahkan suamiku tidak
menyentuh apa-apa pun pasal pemakaian sewaktu kenal
dahulu. Dia begitu bersahaja, tetapi
amat menjaga!
Telefon bimbitku tiba-tiba berbunyi.
Ringtone Istikharah Cinta yang telah aku khaskan untuk suamiku, membuatkan aku
tersenyum sampai ke telinga.
Aku membuka mesej tersebut. Mesejnya
manja separuh merengek. Aku tergelak kecil. Apabila menyedari kak Daria
memerhatikan aku dengan senyuman nakal, aku terus
mematikan senyumanku, lalu aku
menundukkan wajah. Malu!
Kak Daria ketawa lepas melihat
gelagatku. “Alololo. Terus tukar pink muka dia.” Dia menyakatku. Malunya aku!!
Aku seperti tiada suara ketika itu untuk
berkata apa-apa. Sungguh aku malu.
“Okay-okay. Sorry. Akak gurau je. Dia
memujukku apabila aku langsung tidak mengangkat muka memandangnya.
“Lepas Qaisara tahu siapa yang hantar
surat tu, apa Qaisara buat?” Kak Daria kembali kepada tujuan asalnya.
*****
Aku memandang cermin besar yang berada
di hadapanku. Cuba membayangkan layakkah aku bersama insan sepertinya.
Bagaikan langit dan bumi. Tiada
keserasian langsung. Aku mengeluh memandang cermin. Apa yang aku nampak seperti
pantulan diriku mengejek diriku kembali.
Ku buka laci meja solekku. Ku ambil
surat pemberian dia. ‘untuk bakal isteriku’. Perlahan-lahan bibirku mengukirkan
senyuman.
“Kenapa kau ingin menjadikan aku bakal
isteri?” Aku bertanya kepada surat tersebut, seolah-olah surat tersebut akan
menjawab soalanku.
“Kenapa kau pilih aku? Bukan dia, dan
dia” Aku cuba mengingati ‘dia’ yang aku maksudkan, beberapa pelajar perempuan
aliran Thanawi yang ku jumpai. Cantik, sopan dan
insyaAllah mereka seorang yang beragama.
“Kenapa aku yang berperangai gangster
dan tak semenggah ni?” Soalku lagi. Aku membaringkan diriku di atas katil.
Suratnya berada kemas di dalam genggamanku ku bawa dalam
pelukanku.
Walaupun begitu banyak soalan yang
terlakar di mindaku, tapi bibirku tetap mengukirkan senyuman. Kerana aku
bahagia!
Pintu bilikku di ketuk. Cepat-cepat aku
menyorokkan surat di dalam bantal dan di tindih dengan bantal yang lain. Hehe.
Aku merenggangkan sedikit daun pintu bilikku. Kelihatan
kakak sedang tersenyum.
“kakcik. Ingatkan siapalah.” Aku
memberikan keizinan pada kakakku untuk masuk ke dalam kamar tidurku.
“ Adik ni sejak akhir-akhir ni selalu
terperap dalam bilik je” Kakakku bersuara.
“Tahu tak, ummi dengan walid, along,
angah, ude, kakcik sampai tertanya-tanya, adik wujud ke tak lagi dalam rumah
ni” Aku tergelak apabila kakakku merungut melihat kepada
perubahanku.
“Adik ada masalah ke?” Soal kakakku. Aku
menggelengkan kepala laju. Masalah apanya. Tengah bahagia ni tau!
“Dah tu kenapa?” Aku melangkah ke pintu
dan menutupnya serta menguncikannya.
Aku kembali kepada kakakku.
Perlahan-lahan aku menarik bantal yang aku letakkan surat dalamnya, dan aku
berikan kepada kakak.
“Muhammad Fakhrul Radzi?” Aku
mengangguk.
“Dia ni sekelas dengan kakcik dekat sekolah.”
Aku membulatkan mataku. Betulkah? Kenapalah aku bersusah payah cari, padahal
aku boleh tanya kakakku.
Eh. Ha’ahkan. Baru hari ni aku nak
bocorkan rahsia hati. Padanlah baru hari ni aku tahu.
“Amboi-amboi. Mengorat adik aku nampak”
Kakak menyambung bebelannya. Aku hanya diam.
“Macam mana dia kenal adik ea?” Aku
bertanya pada kakakku. Dia seperti sedang berfikir.
“Haa!” Kakakku bersuara dan aku pula
teruja.
“Tak tahu. Hehehe” Ceh! Sempat lagi dia
berlawak dengan aku. Hampeh!
“Seriuslah kakcik” Aku membuat suara
tidak puas hati pada kakakku.
“Seriuslah. Kakcik tak tahu. Mana tahu
dia terserempak dengan adik kat mana-mana ke” Jawab kakak acuh tak acuh.
“Dia ni macam mana ea orangnya?” Aku
bertanya. Sekadar ingin mengetahui sifatnya.
Kakakku menayangkan senyuman nakal
kepadaku. Aku hanya mencebik. Fikir lainlah tu! Eh. Apa lainnya. Hehehe.
“Kalau nak jadi adik ipar kakcik, akak
bagi 1 juta bintang kat langit tu tau” Aku membulatkan mata ku. Sampai begitu
sekalikah bagusnya dia?
Kakakku tersenyum. “Dia ni luar biasa
tau. Kesayangan ustaz dan ustazah kat sekolah tu. Kesayangan semua pelajar kat
sekolah tu yang beraliran Thanawi. Ibarat mutiara yang
berharga” Kakakku menambah.
“Tapi” Ah. Ni yang aku tak suka ni. Ada
tapi pulak.
“Tapi apa kakcik?” Soalku separuh
mendesak.
“1 juta kat langit tu macam tak layak
pulak di berikan pada adik. Hehehehe” Kakakku memerliku. Aku terasa hati. Teruk
sangatkah aku? Tak layakkah aku berdampingan dengan
dia.
“Alolololo. Adik manja mucuk kakcik ni
merajuk” Kakakku mengusik aku. Aku mendiamkan diri. Terasa nak menangis pun
ada. Eee. Benci!
“Kakcik gurau jelah. InsyaAllah, kalau
adik ada niat nak berubah jadi baik, patuh perintah Allah, ikut ajaran
Rasulullah, taat pada walid dengan ummi, adik layak untuk Fakhrul Radzi
tu. Kalau lambat sangat, susah-susah
kakcik je yang ambil” kakakku mengangkat sebelah keningnya sambil tersenyum
nakal. Ada je nak kenakan aku?
*****
“Lawaklah Qaisara” Kak Daria
menghabiskan saki baki gelaknya. Lawak ke? Rasa macam tak je.
“Err kak. Semua yang saya cerita ni,
akan akak masukkan ke dalam research akak.?” Soalku lurus.
Terburai gelaknya lagi. “Qaisara,
lecturer akak memang suruh buat research. Tapi dia nak 5 muka surat je tau.
Kalau masukkan cerita Qaisara whole story, akak tak tahu berapa
muka suratlah research akak ni.”
“Dah tu macam mana?” Soalku lagi.
“Hish dia ni. Kerja akak, akak tahulah
nak buat macam mana. Qaisara jawab je apa yang akak tanya. Macam dah penat je
nak bercerita.” Dia menduga.
Ah! Kalau 10 kali aku ulang cerita yang
sama, aku takkan rasa penat. Bahkan aku rasa bahagia kerana dapat berkongsi
cerita kebahagiaanku bersama dengan orang lain.
“Hah. Sambunglah cerita. Akak tak sabar
nak dengar kisah kau orang berdua yang seterusnya” Kak Daria teruja ingin
mendengar sambungan ceritaku.
*****
Hari ini hujung minggu. Kakakku ada
usrah di sekolahnya bagi aliran Thanawi. Hatiku seperti terpanggil untuk
mengikutnya juga pada pagi ini.
“Kakcik…” Aku bersuara. Dia memandangku
sambil tangan masih bergerak menggosok tudung labuhnya..
“Yer dik” Jawab kakakku pendek.
Aku serba salah untuk memberitahu yang
aku ingin mengikuti program usrahnya. Bolehkah?
“Kakcik..” Aku memanggilnya lagi. Dia
berhenti menggosok tudung labuhnya. Dia memandangku pelik.
“Yer dik. Kenapa? Nak apa?” Soalnya.
Hurmmm.
“Nak ikut boleh?” Soalku. Dia
mengerdipkan matanya berulang kali. Dia meletakkan iron ke tepi. Lalu dia
menampar-nampar pipinya.
“Akak tak mimpikan?” Huh. Sempat lagi
dia kenakan aku rupanya. Aku menjelirkan lidah. Bengang pun ada. Aku ingin
berlalu dari situ.
“Aik. Nak pergi mana? Kata nak ikut
kakcik?” Tanya kakakku.
“Yelah. Dah orang tu tak bagi, buat apa
kita nak ikut” Aku sedikit berjauh hati ketika itu.
“Hailaaa. Sejak bila pula adik kakcik ni
seorang yang sensetif? Sejak jatuh cinta ni, perangai berubah terus” Aku
membulatkan mataku. Eee. Saja je kan.
“Dah, dah. Tak payah nak merajuk ke apa.
Lepas kakcik siap gosok ni, adik gosoklah apa yang patut untuk adik pakai. Then
mandi, siap kita pergi sama-sama. Okay?” Terkoyak
senyumanku ketika itu juga.
Aku bersiap-siap. Memakai blouse
berwarna biru laut paras lutut, dan jeans hitam. Aku memakai tudung bawal
biasa, yang dilabuhkan ke bawah. Aku memandang kakakku, yang
berjubah dan bertudung labuh.
Erkkk. Jauh benar bezanya. Segan pula.
“Kakcik..” Aku bersuara.
“Haa. Apa lagi?” Soal kakakku acuh tak
acuh.
“Tak apa ke adik pakai macam ni?”
Kakakku memandang dari atas sehingga bawah.
“Okay je. Tak ada cacat cela. Baju labuh
bawah punggung, sampai lutut lagi. Jeans pun longgar. Cuma tudunglah. Singkat
sikit. Tapi tak apa. Kita pergi usrah untuk tarbiyah jiwa
kita. Mana tahu satu hari nanti terbuka
pintu hati adik nak pakai macam kakcik. Perlahan-lahan kita ubah” Aku sekadar
mengangguk.
Aku mengikuti kakakku. Dia tidak
berenggang dari aku. Aku sudah sampai tempat di mana pertama kali aku berdiri
di situ, aku memandangnya. Tiba-tiba perasaanku menjadi indah.
Aku melepaskan genggaman kakakku.
Perlahan-lahan aku melangkah ke pondok yang tiada penghuninya di situ. Aku
duduk di mana tempat dia duduk dahulu. Aku tersenyum
sendiri.
Tiba-tiba jantungku berdebar. Aku
rasakan ada mata yang memerhatikanku sambil tersenyum. Aku memandang ke tingkat
dua, di mana bangunan tersebut menghadapku.
Dia menyandarkan dirinya di hujung
koridor, sambil tersenyum memandangku. Lalu dia memandang ke tempat lain dan
berlalu pergi. Jatungku makin lama, makin tidak keruan.
Ummi!! Tolong. Adik malu. Dia nampak apa
adik buat tadi.. Tidak!!! Aku menyumpah diriku sendiri keterlanjuran aku duduk
di tempat dia pernah duduk sambil tersenyum dan
berangan.
Aku terus berdiri dan menempatkan diriku
semula di sebalah kakakku.
Bunyi riuh rendah ketika itu, menjadi
senyap tiba-tiba. Jantungku kembali berdebar. Kakak menyiku ku sedikit. Aku
pandang ke depan. Glurpp! Macam mana dia ada kat sini pula.
“Ana bawa adik ana sekali, tak apa ke?”
Kakakku bertanya.
Dia sekadar senyum mengangguk dan
berlalu pergi. Fuh. Aura dia.. Dari hiruk pikuk boleh jadi aman damai. Tapi
sekarang?? Dah macam kat pasar!
“Jom” kakakku menarikku.
Aku terpegun dengan pengisian yang
kakakku berikan. Rupanya dia seorang Naqibah untuk pelajar junior.
“Kakak aku 1000 kali lebih layak dari
aku” Aku membandingkan diri. Terasa diri ini terlalu kerdil ketika itu.
Dari segi paras rupa, mungkin kakakku
jauh ke belakang. Tapi dari segi agama, akhlak, kesopanan memang aku 1000 tahun
mundur dari kakak aku.
“Huh” aku mengeluh kecil.
Bahuku di tepuk lembut. “Kenapa mengeluh
ni?” Soal kakakku.
Aku sekadar menggelengkan kepala.
Beratnya rasa ketika itu.
Hari itu kakak membincangkan bab tentang
aurat. Terasa berdesing telingaku setiap patah yang keluar dari mulut kakakku.
Terasa dosa bertimpa-timpa atas bahuku
sampai nak ‘rebeh’. Belum lagi campur dosaku yang kadang-kadang meninggalkan
solat. Dosa lawan cakap ummi dan walid.
Sumpah aku rasa, aku penghuni neraka
kekal ketika itu.
“Tapi Allah ni Maha Pengasih dan Maha
Penyayang. Banyak mana pun dosa kita, kalau kita bertaubat bersungguh-sungguh,
iaitu taubat nasuha, insyaAllah.. Dia akan ampunkan dosa
kita.” Aku mengetap bibir.
Terasa peluangku untuk menjadi penghuni
syurga masih ada. “Adik-adik, jangan kita perlekehkan orang di luar sana yang
tidak tutup aurat. Mengata dia ahli neraka dan kita ahli
syurga. Salah sama sekali dik. Ingat.
Tidak akan masuk syurga, jika ada dalam diri kita perasaan riyak walaupun sebesar
zarah.”
Kakakku memberikan kata-kata nasihat
dengan penuh hikmah dan lembut. Bertuahnya ummi dan walid ada anak solehah
seperti kakak.
Aku? Dulu ummi dan walid nak aku masuk
ke sekolah aliran Thanawi. Aku memberontak dan lari dari rumah. Ummi dan walid menjanjikan
‘bulan dan bintang’ agar aku pulang kerumah.
Oleh kerana itu, ummi dan walid
mengizinkan aku bersekolah di aliran biasa. Adik-adikku yang lain semua
bersekolah agama, dan menjadi manusia. Aku tak tahu syaitan mana sesat
dalam diri aku, sehingga jadi keras
macam ni.
Aku pulang ke rumah dengan azam yang
baru. Aku perlu berubah. Bukan kerana dia, tapi kerana Dia. Aku juga ingin
menjadi kesayangan makhluk di langit dan di bumi.
Mahu bersama keluargaku di syurga nanti.
Aku tidak tersasar jauh lagi untuk berubah. Aku ingin melangkah masuk ke dalam
rumah. Tiba-tiba tanganku di tarik. Aku terdorong ke
belakang.
“Dik” Kakak bersuara. Dia menghulurkan
sesuatu sambil tersenyum. “nah”
Surat. Aku menjadi terpinga-pinga. Kakak
meninggalkanku. Aku melangkah masuk ke dalam rumah, lalu terus ke bilik.
‘Untuk bakal isteriku, Nur Qaisara
Irdina’ tertulis di sampul surat tersebut. Aku tersenyum. Jantungku
berdebar-debar.
“Terima kasih meletakkan diriku di dalam
hatimu. Beri aku sedikit masa, dan aku akan hadir sebagai yang halal buatmu
Muhammad Fakhrul Radzi”
Sewaktu itu tiada kata yang aku dapat
lafazkan. Mengalir air mataku. Demi Allah, aku terharu dengan kata-katanya.
Kakakku mengetuk pintu dan membuka
sedikit daun pintu, dan aku cepat-cepat mengesat air mataku.
“Kakcik” Aku menggosok-gosok mataku.
“Masuklah” aku mengizinkan dia masuk.
“Mata adik ni ha masuk habuk. Hish” Aku
menggosokkan mata aku lagi.
Dia mengunci pintu terlebih dahulu
sebelum duduk di sebelahku. Telingaku menangkap bunyi ketawa halus. Aku memandang
kakakku.
“Nak berlakon tak pandai” Kakakku
mengejekku.
Dia mengambil surat tersebut, dan
membaca isinya. Selepas itu, dia memulangkan kembali surat tersebut kepadaku.
Dia membawaku ke dalam pelukannya.
“Adik kakcik dah pandai menangis dah
sekarang. Terharu ea.” Dia menepuk-nepuk belakangku. Aku tergelak kecil,
walaupun ketika itu, menderu-deru air mataku keluar.
“Kakcik.. Kenapa dia pilih adik?”
Kakakku tersenyum.
“Kakcik pernah tanya dia.” Aku
mendongakkan mukaku dan memandang tepat bola mata kakak.
“Tapi dia cakap, dia boleh bagitahu,
asalkan kakcik boleh simpan rahsia ni. Dia kata, dia sendiri akan bagitahu
adik.” Aku sedikit kecewa.
“Bila dia nak bagitahu adik?” Kakakku
tergelak.
“Bila adik dah jadi kekasih halal buat
dia” Mataku terkebil-kebil memandang ke arah kakakku.. Lambatnya lagi.
Tahun ni aku SPM. Kakak pula tahun depan
STAM. Begitu juga dengan dia. Aku sambung belajar, masuk u lagi. Kerja lagi.
Ahh! Lambatnya.
“Dahlah. Pergi mandi. Lepas ni kita
masak sama-sama. Ummi dan Walid balik kejap lagi. Aku mengangguk.
*****
Kak Daria masih dengan senyuman di
bibirnya. Tiba-tiba aku rasa ada air jatuh ke tanganku. Air mataku mengalir
tanpa aku sedari. Aku tersipu-sipu. Boleh menangis pula waktu
macam ni.
“Tak apa. Menangis bahagia.” Kak Daria
menepuk-nepuk bahuku. Aku tersenyum. Ya! Menangis bahagian.
“Macam mana Qaisara ubah diri Qaisara.
Kawan-kawan Qaisara pula macam mana?” Soalan yang bagus aku kira.
“First sekali Qaisara buat, kain tudung
sekolah bagi labuh. Taklah labuh macam tudung sekolah pelajar aliran Thanawi.
Tapi tutup dada, bahu semualah. Waktu pakai tu, kawankawan
kelas terperanjat jugalah. Ada yang
okay. Macam bestfriend Qaisara, Izzati dan Eisya, diorang boleh terima
perubahan Qaisara. Ada sesetengah tu, ada jugalah perli, kutuk.
Tapi Qaisara tak kisah dah waktu tu
pandangan manusia. Qaisara cuma nak Allah pandang Qaisara. Qaisara nak Allah
sentiasa ada di setiap langkah Qaisara. Qaisara taknak dah
berjauhan dari Dia.” Jelasku
bersungguh-sungguh.
Kak Daria tersenyum mendengar penjelasanku.
Aku tidak tahu apa yang dia fikirkan tentang diriku ketika itu.
“Keluarga Qaisara?” Soalnya lagi.
“Ummi dengan Walid lah yang paling
gembira, bila Qaisara cuba berjinak-jinak nak pakai tudung bidang besar.
Adik-beradik Qaisara semua berikan sokongan. Nak-nak lagi kakcik.
Sebab kami dua orang je perempuan.”
“Suami Qaisara pula macam mana?” aku
tersipu-sipu malu.
“Dia hadiahkan Qaisara dua helai tudung
akel yang bidang 60 tu. Warna hijau untuk warna kesukaan dia, dan warna biru
muda, untuk warna kesukaan Qaisara. Dia kirimkan dengan
kakcik” Jelasku.
“Perasaan Qaisara waktu tu?” Aku
tertunduk malu. Perasaan aku waktu tu. Rasa nak ajak kahwin time tu. Hahaha.
“Gembira sangat-sangat. Dia tidak tunjuk sifat
kekerasan untuk mendidik Qaisara. Buktinya, dia just bagi tudung bidang 60.
Bukan kain tudung labuh bulat tu.” Kak Daria tersenyum.
“Qaisara tahu, akak cemburu sangat
dengan Qaisara dapat suami yang macam tu.” Aku tergelak. Jodoh itu rahsia
Allah.
“Macam mana korang boleh pilih untuk
berkahwin dengan usia yang masih muda dan masih lagi belajar?” Soal kak Daria.
*****
Aku duduk di bilik bersendirian. Lagi
beberapa hari lagi final exam untuk semester satu.
Aku begitu rindukan dia. Sumpah sangat
rindu. Aku beristighfar kerana terlalu mengikutkan kata hati ketika itu.
Mungkin dia sedang sibuk sekarang ini.
Aku dengar khabar dari kakakku, Fakhrul berkerja sekarang ini sementara
menunggu result STAM keluar.
Dengar katanya, siang dia bekerja
sebagai kerani di syarikat swasta kawan ayah dia. Malam pula dia kerja dia
restoran sampai pukul 12. Aku tak tahu kenapa dia beria-ia sekali
berkerja seteruk itu, sedangkan dia mahu
sambung belajar selepas ini.
Telefonku bimbitku berbunyi. Aku
mencapainya. “Hello, Assalamualaikum” Aku memberi salam setelah menekan butang
hijau.
“Waalaikumussalam. Qaisara ke ni?” Suara
di hujung talian seperti suara wanita yang sudah separuh abad. Aku teragak-agak
untuk menjawab.
“Yer. Saya Qaisara. Kenapa yer? Siapa di
sana?” Soal ku bertalu-talu.
“Alhamdulillah. Betul pun. Ni Mak” Aku
terpinga-pinga. Ayah aku kahwin dua kah?
“Hahaha. Apalah mak ni. Kenalkan diri tu
dulu” Aku mendengar suara lelaki gelak di hujung talian. Jantungku
berdebar-debar.
“Maaf Qaisara. Makcik salah sebut. Ini
mak Fakhrul.” Aku rasa waktu tu, kepala aku berpusing-pusing. Jantung aku tak
payah cakaplah, boleh meletup waktu tu.
“Err. Yer. Makcik.” Aku tergagap-gagap
dan otakku blank kita itu.
“Qaisara.. ada lagi tak tu?” Soal mak.
Hehehehe.
“Yer mak cik. Saya masih di sini” Aku
cuba membetulkan intonasi suara ku yang tadinya seperti tersekat di kerongkong.
“Maaflah, kalau makcik ganggu kamu.
Macam ni. Boleh makcik nak datang merisik kamu sabtu ni?” Bedebuk! Telefon
bimbitku jatuh. Aku terduduk. Eh. Telefon aku. Aku
mengambil telefon bimbitku yang jatuh.
Fuh. Masih berfungsi. “hello.”
“Yer Qaisara. Qaisara okay tak? Apa yang
jatuh tadi? Kuat bunyinya.” Aku tergelak sendiri.
“Mak cik ada telefon mak Qaisara
semalam. Dia suruh mak cik tanya terus pada Qaisara.” Hish ummi ni. Tak ada
ciri-ciri mempertabatkan adat melayu betul.
Patut ummi tanya aku, aku jawab ya, dan
ummi beritahu pada mak Fakhrul. Bukan tanya terus aku. Aku nak kata ya???
Ummiiiiiiiiiiiiiiii!!!!! Adik malu……
Aku berdehem-dehem. Apa ayat yang
terbaik ketika ini.
“Macam ni lah makcik. Saya nak bincang
dengan ummi dan walid saya dulu. Saya nak dengar pendapat mereka.” Jawapan
lepas diri. Padahal kalau ummi dah kata macam tu, sahsah
lampu hijau jalan terus.
“Yelah. Kalau boleh bagi jawapan sebelum
khamis ni yer.” Aku hanya mengiakan sahaja. Selesai berborak dengan mak, aku
menelefon ummi pula.
“Ummi. Kenapa suruh mak Fakhrul call
adik. Malu tau” Belum sempat apa-apa, aku membebel kepada ummi.
“Waalaikumussalam.” Zappp!! Hahaha. Kena
perli dengan ummi..
“Assalamualaikum ummi.” Aku bersuara
lembut.
“Waalaikumussalam.” Lepastu apa lagi.
Berdas-das tembakan aku berikan. Haha.
“Yelah. Nanti ummi yang call mak Fakhrul
bagitahu Qaisara setuju.” Alhamdulillah. Lega rasa hatiku.
Eh. Mana ummi kenal Fakhrul ea. Kenapa
ummi terus setuju bincang dengan mak Fakhrul. Eh. Kenapa baru sekarang aku baru
fikir?
“Ummi kenal Fakhrul?” Soalku.
“Lahh. Apa tak kenalnya. Dia rajin
datang rumah” Aik. Mana ada dia datang rumah selama ni.
“Bila?” Soalku lagi.
“Time Qaisara tak ada. Selalu time
Qaisara pergi kelas Tusyen.” Pelik. Tak ada siapa pernah cerita pada aku.
“Kenapa Qaisara tak pernah tahu pun?”
Soalku lagi.
“Sebab Qaisara tak tanya” Heh! Ummi aku
ni. Berbelit-belit pula dia dengan aku.
“Tak naklah kawan ummi.” Aku membuat
rajukku.
“Kalau tak nak kawan, kira cancellah nak
kahwin dengan Fakhrul kan?” Amboi-amboi. Ummi ugut aku pulak sekarang. Ceit!
“Eeee. Bencilah. Semua orang tipu
Qaisara” Aku buat ayat provokasi supaya ummi bercakap lebih lanjut.
“Kira Qaisara tak setujulah Fakhrul
merisik ni?” Eeee. Ummi ni saja je kan kenakan aku.
“Ha’ah. Qaisara tak setuju. Qaisara tak
nak dia! Biar Qaisara tak kahwin” Aku mula bengang.
“Eh, eh. Ummi gurau je. Hehehe.” Eh
ummi. Boleh pula bergurau. Tahu takut. Ngee~
“Nanti-nantilah kita cerita. Qaisara
fokus final exam Qaisara, kat sini biar ummi dan walid uruskan”
Aku menerima alasan yang ummi berikan.
Akhirnya aku beralah, tapi tidak beerti mengalah. Hehehe.
*****
Cuti semester. Ah!! Akhirnya aku lega.
Walaupun cuti semester ini hanya sebulan lebih, tapi aku bersyukur kerana final
exam sudah lepas. Aku lega! Haha.
Sekarang aku sudah sah menjadi tunangan
orang. Eh. Baru tunangan orang. Bukan isteri orang. Kami bertunang simple je.
Fakhrul just hantar rombongan meminang untuk sarung
cincin, dan kami sekadar buat doa
selamat. Tu je.
Segala persoalanku terjawab. Fakhrul
selalu bertandang ke rumahku kerana ustaz yang mengajar aliran Thanawi ingin
menjodohkan dia dengan kakakku. Fakhrul sekadar
bersilaturrahim terlebih dahulu dengan
ummi dan walid, sebelum dia menyampaikan hasratnya.
Walid menerima hasratnya dengan senang
hati, tetapi kakakku tidak mempersetujuinya. Dalam diam, kakakku sudah menunggu
seseorang dan amat mencintainya.
Walau bagaimana pun, Fakhrul tidak
berhenti bersilaturrahim dengan ummi dan walid apabila kakak menolaknya.
Ya. Aku tahu ada seorang lelaki, kerap
kali hadir ke rumah setiap minggu. Tapi aku selalu memerap dalam bilik, setiap
kali lelaki itu ada.
Aku pula tidak pula bertanya apa-apa
kepada ummi dan walid hal berkaitan lelaki tersebut.
Satu hari ketika aku baru balik dari
lepak dengan kawan, dia menumpang solat di rumahku. Mungkin aku tidak perasan
akan dirinya. Dari situ dia mula mengetahui, ummi dan walid
mempunyai anak perempuan yang lain.
Dia mula merisik-risik khabar tentangku,
dari guru-guruku di sekolah. Ya Allah. Malunya! Sumpah aku tak tahu apa-apa.
Oleh kerana aku yang sentiasa tidak
perasan akan kewujudan dirinya, sengaja dia mencuba nasib, seperti
pelajar-pelajar lelaki yang lain buat padaku, iaitu mengirimkan surat. Aku
tergelak sendiri apabila mengetahuinya.
Nasib baik surat tu tak ‘gol’ terus
dalam tong sampah.
Dia tidak mahu tergopoh-gopoh, kerana
itu dia sentiasa memberi aku ruang, dan mendidik aku dari jauh.
Owh. Aku tahu maksud jelingan tajamnya
ketika aku bercakap dengan seorang pelajar lelaki, sewaktu pertama kali berjumpa
dengannya. Dia cemburu. Dia sendiri mengakui perkara
itu depan walid.
Dia berkerja siang malam, untuk
membuktikan bahawa dirinya seorang lelaki bertanggungjawab.
Dia mahu segala keperluan perkahwinan
aku dan dia, melalui hasil titik peluhnya. Sungguh aku terharu.
Kerana itu, tiada lagi keraguan untuk
aku berkahwin dengannya, walaupun usia ku baru mencecah 19 tahun. Mudakan? Hee~
Tapi sampai sekarang aku tak pernah
bertegur sapa dengan dia. Serius. Tak pernah! Aku tertanya-tanya, betulkah dia
suka sama aku?
Hanya surat sebagai pengantaraan kami.
Itu pun dua kali sahaja dia kirimkan surat. Selepas itu tiada langsung.
Eh ada. Dia hadiahkan aku tudung,
dikirimkan pada kakak aku. Haha. Tapi aku ingin juga bertegur sapa dengan dia.
Tak lah aku canggung malam pertama nanti. Erkk. Apasal awal
sangat masuk bab ni?
Tok, tok, tok.. Pintu bilikku diketuk.
“Masuk” aku sekadar menjawab dari atas katil. Malas aku nak pergi sambut. Sudah
pastinya kakak aku yang mengetuk.
“Qaisara. Pakai elok sikit. Fakhrul nak
jumpa” haa! Ambik kau. Nak sangat bercakapkan. Tu, Fakhrul ajak jumpa.
Aku gelabah biawak dalam bilik. Blur
otak aku kejap. Aku nak pakai apa ni. Takkan aku nak bersolek semua. Nak jumpa
kat ruang tamu tu je. Adoii.
Aku keluar dari bilik. Aku menyarung
jubah dan tudung labuh sahaja. Memandangkan aku di dalam rumah, aku tidak
memakai purdah ketika itu.
Di temani abang aku yang sulung, aku
duduk berhadapanan dia. Aku tertunduk malu. Dia pun begitu. Abang sulung aku,
kononnya sedang tengok tv. Bukan boleh aci, mata je fokus
tv. Telinga fokus sini. Heh!
“Maaf ganggu Qaisara.” Dia memulakan
bicara.
“Tak apa. Ada hal penting ke?” Aku
memberanikan diri untuk bertanya.
“Tidak. Cuma abang datang sini nak tanya
terus pada Qaisara, betul Qaisara terima abang, redha dengan pilihan ini, tanpa
paksaan sesiapa.”
Okay. Aku gugup. Pertama sebab dia
bahasakan diri dia abang. Ummii!! Adik nak panggil dia apa?? Malu!!!
Kedua dia tanya soal yang berkaitan hati
dan perasaan. Kenapa mesti tanya depan-depan. SMS, email, ym? Kan banyak lagi
saluran yang tidak perlu membuatkan aku berhadapan
dengan dia.
“Maaf kalau abang tanya secara berhadapanan,
sebab abang perlukan keyakinan melalui jawapan Qaisara sendiri di depan mata
abang” Ish dia ni. Macam tahu je apa yang aku
tengah fikir.
“Abang dah tahu jawapannya ketika
Qaisara duduk di bawah pondok tempat abang mengaji dahulu” Oleh kerana aku tak
tahan rasa malu, aku tergesa-gesa bangun masuk ke dalam
bilik.
Sumpah aku malu! Malu! Malu!!!! Tok,
tok, tok. Pintu bilikku di ketuk. Hish. Siapalah kacau aku ni. Jangan suruh aku
keluar, aku sepak siapa yang suruh.
“Nah. Fakhrul bagi. Dia dah balik.”
Kakakku memberikan surat. Aku berdebar-debar. ‘Untuk bidadariku di dunia dan di
akhirat, Nur Qaisara Irdini’ Aku tersenyum membaca tiaptiap
patah ayat di sampul surat itu. Bahagia!
“Maaf meragui perasaan Qaisara. Abang
bimbang Qaisara bertemu insan lain di universiti. Abang hanya sekadar inginkan
kepastian. Alhamdulillah. Terima kasih mengizinkan abang
masih berada di dalam hati Qaisara.
Muhammad Fakhrul Radzi”
Paling tidak aku sudah bertegur sapa
dengannya. Cuti semester yang akan datang, aku akan di ijab kabulkan dengannya.
*****
Aku solat subuh secara berjemaah pagi
tu. Muka aku sepagian pink sahaja. Malu berbakul-bakul dengan suamiku dengan
kejadian malam tadi. Dia pula tak habis mengusikku.
Dan apa yang memeranjatkan aku. Dia
sangat sweet dan romantik sebenarnya. Dan juga manja. Hehehe.
“Sementara ada masa yang terluang ni,
abang nak kita sentiasa banyak melakukan aktiviti bersama. Jangan fikir lain
pulak tau” Huaaa. Dia kenakan aku lagi. Muka aku dah tak tahu
nak sorok mana.
“Maksud abang, solat Jemaah bersama,
mengaji bersama, makan bersama, semualah bersama. Yelah. Masa kita tak banyak.
Abang dah nak ke Mesir dah hujung bulan depan.
Sayang pun dah start sem baru nanti” Aku
sekadar mengangguk.
“Kenapalah susah sangat nak dengar suara
bidadari abang ni. Bukan sayang suka bercerita ke? Ni diam je.” Aku malu
sebenarnya. Serius malu.
Dia menarikku ke dalam pelukannya.
“Sayang tak bahagia ke?” Aku menggeleng laju.
Mahu kau tak bahagia. Hati aku
berbunga-bunga. Kalau dekat taman, dah nampak jalan, bunga je penuh.
“Dah tu kenapa?” Dia menyoalku.
“Malu” Jawab ku pendek menggunakan suara
halusku.
Dia tergelak. “Tak habis dengan malu dia
tu. Dari awal dulu malunya. Habis tu abang nak berbual dengan siapa kalau
sayang malu?”
Aku diam. Tapi aku mengeratkan
pelukanku. Sejujurnya ada satu soalan yang bermain di fikiranku sejak kami di
ijab kabulkan. Kenapa dia memilih aku.
Walaupun terang-terang kakcik menolaknya,
dia tidak perlu memilih aku. Aku berdehem-dehem sebelum memulakan bicara. Aku
merenggangkan pelukanku dan mendongak
memandang tepat ke bola matanya.
Eee. Tengok mata pun aku dah angau.
Teruk penyakit aku ni. “Abang..” Aku bersuara.
“Hurmm.” Dia menjawab pendek.
“Qaisara nak tanya sesuatu boleh?” Aku
meminta izin darinya terlebih dahulu.
“Hurmm.” Dia menjawab pendek. Aku rasa
dia sengaja memberi ruang untuk aku banyakkan bersuara.
“Kenapa Qaisara?” dia yang ralet
membelai rambutku, memberhentikan terus perbuatannya.
“Maksud sayang?” Dia meminta soalan yang
lebih jelas daripadaku.
“Kenapa pilih Qaisara?” aku berterus
terang. Dia tersenyum. Manis sekali. Semua menjadi milikku. Matanya yang redup.
Senyumannya yang menghangatkan jiwaku. Wajahnya yang
jernih. Kasih sayangnya. Aku bahagia.
“Sebab walaupun Qaisara tahu, Qaisara
sangat cantik, tapi Qaisara tak pernah layan lelaki. Qaisara tahu jaga maruah
diri. Walaupun adalah sikit nakalnya.” Dia mencuit hidungku.
“Korek dari alonglah tu.” Tebakku. Dia
tergelak.
“Ialah. Korek dari alonglah. Nak korek
dari siapa lagi. Banyak ea koleksi number telefon yang admirer sayang.” Kali
ini aku pula tergelak. Pasti along menunjukkan koleksi number
telefon yang aku berikan pada dia.
“Takkan tu je” Soalku lagi.
“Sebab yang utama abang pilih sayang,
adalah kerana Allah. Sebab abang nak bimbing sayang. Abang terlanjur sayangkan
ummi dan walid, dan abang harap ada sesuatu yang dapat
mengeratkan hubungan kami.” Dia diam
tiba-tiba.
“Dan bila abang nampak sayang, dengan
style apa entah, abang rasa terpanggil untuk mendekati sayang dan mengubah
sayang. Tapi dengan cara yang betul. Tak sangka sedikit
sebanyak sayang dah berubah terlebih
dahulu. Abang bersyukur sangat.” Dia bangun, lantas menghulurkan tangannya,
agar aku turut bangun bersama.
Dia memimpinku dan membawa ke satu
bilik. Bilik bacaan personalnya. Aku kini di rumahnya. Bukan rumahku. Dia
membuka satu bekas yang sederhana besar. Pelbagai jenis
sampul surat ada.
“apa ni?” Soalku.
“Kalau rindu sayang, abang teringin
sekali ingin bertanya khabar melalui mesej atau pun call seperti orang lain.
Tapi abang sabarkan diri abang, supaya jangan pilih jalan yang di
murkai Allah.
“Jadi?” Soalku lagi.
“Abang menulis surat cinta untuk sayang,
dan abang masukkan dalam bekas ni.” Jawabnya. Aku terdiam.
“Sayang bacalah mana-mana yang sayang
nak baca. Macam-macam abang cerita dalam ni” Ceritanya.
Aku mendekati diriku kepadanya nak
memeluknya. Aku tidak pernah meragui kenapa dia yang aku pilih walaupun usiaku
terlalu muda “Abang. Qaisara cintakan abang” Huh. Terluah
juga rasa yang aku tahan dari terluah
ini kerana malu.
Dia membalas pelukan. Dan dia ketawa
halus mendengar pengakuanku. “Abang cintakan sayang kerana Allah” Dia membalas.
*****
“Bahagia?” Soal kak Daria.
“Syurga di dunia yang berharap kekal
hingga akhirat” Aku menjawab.
Kak Daria tersenyum. “Dengar cerita
Qaisara, akak rasa macam nak kahwin sekarang juga” Dia tergelak.
“Sara diri Qaisara di sini siapa
tanggung?” Soal Kak Daria.
“Suami. Dia buat kerja sambilan kat
sana. Walid dengan ummi still tanggung Qaisara. Walid cakap, dia faham keadaan
Fakhrul kat sana” Aku bercerita tanpa berselindung.
“Pelajaran macam mana?”
“Alhamdulillah. Rasa mudah belajar.
Mungkin kalau dulu, kita rindu pada yang tak halal. Kalau ingat lebih-lebih
dapat dosa. Kalau sekarang, buat apa pun dapat pahala.” Aku
tergelak kecil menjawab soalan itu.
“Tak menyesal kahwin muda?” Kak Daria
menduga ku.
“Sikit pun tak kak. Alhamdulillah.
Bersyukur sangat.”
“Hubungan Qaisara dengan suami macam
mana?” Ah. Soalan maut. Hehe.
“Kami seperti baru mula bercinta kak.
Baru belajar nak kenal diri masing-masing. Alhamdulillah, setakat ni hubungan
kami berjalan lancar.”
“Qaisara tak cemburu ke orang pertama
yang dia nak adalah kakak Qaisara.” Aku tergelak mendengar soalan cepu emas
ini. Aku menggelengkan kepala.
“Dia cakap, waktu dia bersilaturrahim
dengan ummi dan walid, memang niat dia nak berkenalan dengan keluarga kakcik
dengan lebih lanjut kerana ingin memperisterikan kakcik.
Tapi apabila dia rapat dengan walid, dia
tidak jumpa titik penyatuan dua buah keluarga tu pada kakcik. Bila kakak tolak
dia, dia sudah, terlanjur sayang pada ummi dan walid, tu
yang dia masih bersilaturrahim di rumah
Qaisara. Kemudian, bila dia jumpa Qaisara dia terasa dekat dengan hatinya.” Aku
bercerita panjang lebar.
Aku menyambung lagi “Dia juga cakap, dia
tidak pernah tenang apabila kakak menjadi tujuan ketika dia bersilaturrahim
dengan ummi dan walid. Tapi bila dia sudah pilih Qaisara
menjadi tujuan, hati dia lapang.”
“Kiranya dia tak sempat mencintai kakak
Qaisara lah?” Aku tersenyum.
“Wallahu’alam. Hati dia kak. Saya pun
tak nak ambil tahu, kalau perkara tu hanya memburukkan hubungan kami” Aku
semahunya cuba bersangka baik dengan suami.
Surat-surat cintanya dahulu, masih tidak
kuhabisi membacanya. Ku kira, hampir setiap hari dia menulis untukku dalam
tempoh dua tahun. Suratnya bukan surat biasa. Suratnya penuh
dengan godaan cinta kepada Ilahi.
Aku terlalu bahagia kerana adanya dia di
sisiku.
Andai
kisah ini ialah kisahku…alangkah bahagianya..:)
Namun
kisah ku hanya manis dipermulaannya..
Namun
pahit,sepahit hempedu dipertengahannya…
Ku
tetap berharap,pada suatu saat nanti manisnya bak madu…..
Dan
harumnya seharum kasturi…yg akan menghiasi
taman hati…insyaAllah.. :)