Wednesday, 8 May 2013

Doa Rasulullah S.A.W..:)


Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada Mu dan cinta orang ysng mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta Mu…. Jadikan lah cinta –Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan . Ya Allah,sesungguhnay aku memohon cinta-Mu ,dan cinta orang yang mencintai- Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta- Mu ..Ya Allah,apa sahaja yang engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai,maka jadikanlah ia kekuatan untukku memcintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai,maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang engkau cintai , Ya Allah,jadikanlah cinta- Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku,hartaku dan air sejuk pada saat kehausan. Ya Allah,jadikanlah aku mencintai- Mu ,mencintai malaikat –Mu ,Rasul-Mu dan hamba –Mu yang soleh .. Ya Allah,hidupkanlah hatiku dengan cinta- Mu dan jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap citaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.

No comments:

Post a Comment