Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu
dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas
terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah
dan pada hari kemudian. Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap
mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman”
(Surah An-Nur: 2)
HUKUM SEBAT PENZINA DARI SUDUT
SAINTIFIK
Buat
penzina yang belum berkahwin.mereka mempunyai antibody T4
Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu
dihinggapi HIV selepas penzinaanya,T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids
yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati
dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak
lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom
Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.
Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan.
Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan
yang banyak bagi meransang penghasilanan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan
sum-sum tulang daripada fibrosis.Cara terbaik adalah dengan menyebat diantara
bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang
akan meransang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut
boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh
menguasai HIV AIDS.
Jika
sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin .apabila dihinggapi virus AIDS,sel-sel T4
mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum
berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami
sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan
kearah menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru.
Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan
rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan
dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang
lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.
Imuniti
Dan Hikmah Pelaksanaan Hukum Sebat Keatas Penzina (Hukum Hudud)
Sistem imuniti badan manusia adalah menepati sistem pentadbiran
dan pertahanan sesebuah negara Islam.Di dalam badan manusia terdapat
berjuta-juta sel yang terdiri kebanyakanya daripada protein. Begitu juga
keadaanya antibodi yang terdiri 100% daripada protein. Salah satu keistimewaan
bagi haiwan vertebrata ialah keupayaan antibodinya mengenali kandungan asal
badan (yang di panggil sel asal)dan benda-benda yang datang dari luar.
Tindakbalas imuniti adalah merangkumi kesemua aktiviti yang pada akhirnya
menghasilkan penghapusan bahan-bahan luar (foreign materials) samaada melalui
proses kecederaan atau tidak .Tindakbalas imun adalah merangkumi dua fenomena
yang asas:
1.Tindakbalas
humoral (tindakan antibody)
2.Tindakbalas
pembaikan sel
Toleran (ketiadaan tindakbalas imun) adalah juga salah satu
daripada mekanisme tindakbalas imun yang bertindak sebagai mekanisme pertahanan
yang memelihara tindakbalas imun terhadap sel sendiri. Dalam banyak hal,
mekanisme pertahanan badan (tindak balas imun) adalah seolah–olah sebuah sistem
pengawalan (undang-undang hudud) yang di wujudkan bagi tujuan pengawalan.Sistem
ini akan dapat mengenali antara orang asing dan penduduk tetap sebuah negeri.
Orang asing yang di anggap mengancam keselamatan akan dihapuskan dengan di
hukum dan penduduk asal negeri tersebut yang baik akan di tolerankan. Maka yang
menyeleweng di kalangan penduduk asal negeri itu juga turut dihapuskan bagi
tujuan keselamatan dan sistem sosial yang teratur itu.
Masyarakat yang tidak melaksanakan hukum yang telah di tentukan
oleh Allah itu adalah seolah-olah masyarakat yang sedang dilanda AIDS dimana
kesemua unsur asing budaya dan kehidupan yang boleh membahayakan manusia dan
boleh memusnahkan kehidupan manusia dibolehkan masuk seluas-luasnya tanpa
sebarang pengawasan.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang segala-gala
keperluan biologis, psikologi dan mental manusia. Adalah menjadi satu perkara
yang boleh merosakan manusia apabila manusia cuba menentukan haluan mereka
sendiri yang mereka sendiri tidak faham dan tidak tahu. Sedangkan Allah ,Tuhan
yang menjadikan dan menciptakan yang paling arif dan tahu tentang
keperluan-keperluan manusia serta sistem pengawalanan yang dapat mengawal
manusia daripada terjerumus ke lembah perhambaan nafsu yang boleh memusnahkan
manusia itu sendiri.
HUKUM SEBAT PENZINA DARI SUDUT
ISLAM
“Perempuan
yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan
100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam
melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari
kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan
dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)
Pandangan Ulama’ Tafsir
Hukuman keatas penzina lelaki dan perempuan yang merdeka,
berakal dan yang masih bujang atau dara yang masih belum berkahwin adalah
disebat dengan seratus sebatan setiap seorang. Hikmah memulakan hukuman keatas
perempuan dalam kes zina dan memulakan hukuman keatas lelaki ketika kes mencuri
adalah kerana kes zina selalunya terjadi disebabkan oleh golongan perempuan
yang boleh mengaibkanya lebih daripada lelaki dan lebih memberi kesan
keatasnya, manakala dalam kes mencuri pula selalunya berlaku keatas orang
lelaki kerana mereka lebih berani dan lebih merbahaya daripada orang perempuan
dalam melakukan perkara itu maka didahulukan orang lelaki daripada orang
perempuan.
Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman keatas
penzina –penzina iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam
Sunnah yang Qat’ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah berkahwin.
Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu
sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. Telah diriwayatkan
oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud Bahawasanya Nabi Muhammad
salallahualaihi wasalam telah bersabda:
“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali belarkunya salah
satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang
membunuh dengan sengaja dan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada
jamaah orang-orang Islam”
Janganlah kamu berlembut dan berasa belas kasihan ketika hendak
melakukan hukuman keatas penzina kerana ini adalah hukuman yang telah
ditetapkan oleh Allah juga tidak boleh merosakkan hudud Allah yang telah
ditetapkan dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW daripada apa yang telah
diriwayatkan oleh Ahmad dan Ashab al-Kutub as-Sittah daripada Aisyah
radhiAllahu anha:
“Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya Fatimah
bt Muhammad mencuri Sesungguhnya aku akan potong tanganya”
Maka dirikanlah hukum Allah ini keatas orang-orang yang
melakukan perbuatan zina dan pukullah mereka itu dengan pukulan yang
menyakitkan untuk memberikan pengajaran keatas mereka jika kamu beriman dengan
Allah SWT dan hari Akhirat.
Dan dirikanlah hukum Allah ini secara terang-terangan dihadapan
sekumpulan daripada orang-orang Islam tambahan balasan bagi orang yang
berzina.Sesungguhnya penzina-penzina itu apabila disebat di hadapan orang ramai
akan memberi kesan yang lebih untuk mencegah mereka daripada melakukan perbuatan
itu lagi. Telah berkata Qatadah:
“Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada
oraang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu
dijalankan adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran”.
Kes-Kes
zina ini disabitkan dengan salah satu daripada perkara berikut :
1- Iqrar atau pengakuan : Ini selalunya
berlaku ketika pemerintahan Islam Keterangan atau penyaksian: Iaitu penyaksian
4 orang saksi lelaki yang merdeka, adil dan beragama Islam dan melihat dengan mata
mereka sendiri. Ini sangat jarang berlaku dan tidak terhasil kecuali sedikit.
2- Mempunyai hubungan dengan perempuan yang
tidak mempunyai suami yang boleh dikenali baginya.
Hukuman
Bagi Mereka Yang Melakukan Penzinaan
Apabila Allah menjadikan
manusia Allah juga menjadikan bersama kejadian manusia itu undang-undang yang
dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan
akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri.Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukumkan dengan hukum hudud antaranya hukum bagi mereka yang melakukan
penzinaan.Apabila sabit dua kesalahan terdapat dua jenis hukuman bagi dua
kategori manusia yang melakukan kesalahan itu ;
1. Sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin
2. Rejam sampai mati untuk penzina yang sudah
berkahwin
Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman yang di jalankan
bagi kesalahan yang sama tetapi dilakukan oleh jenis manusia yang berbeza?
Sepintas lalu, Ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang
belum berkahwin jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai
pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan
mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi penzina jenis adalah kerana mereka
belum pernah merasa nikmat perkahwinan.Keinginan mereka adalah disebabkan
dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga
menjerumuskanya melakukan kesalahan zina.
Rejam sampai mati pula adalah
hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina yang sudah berkahwin kerana penzina
jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh
diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan
banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia
jenis ini. – Dr. Jamnul Azhar
“Dan janganlah kamu menghampiri
zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang
jahat (yang membawa kerosakan).” – Surat
Al-’Isrā’: 32
No comments:
Post a Comment